Monday, July 27, 2009

TEMERLOH 3 Mei - Kerajaan disaran melantik wakil belia sebagai Senator di Dewan Negara (DN) bagi mengiktiraf golongan tersebut yang turut membantu pembangunan negara.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, wakil belia akan dapat memberi input secara langsung kepada kerajaan mengenai kehendak dan keperluan golongan tersebut.

Hubungan secara langsung dengan kerajaan juga katanya, akan membolehkan pembangunan yang hendak dilaksanakan menepati kehendak kumpulan sasaran.

Saifuddin turut mencadangkan supaya lebih ramai pemimpin belia diberi peluang menduduki kerusi Dewan Undangan Negeri dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

''Kini lebih 40 peratus daripada 26 juta penduduk di negara ini terdiri daripada golongan belia dan statistik itu menunjukkan belia mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar bagi mengisi proses kemajuan negara,'' katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Belia Negara 2009 peringkat Negeri Pahang di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Lachang, dekat sini hari ini.

Menurut Saifuddin, sebahagian besar dasar kerajaan yang dilaksanakan hari ini hasil cetusan pemimpin belia terdahulu seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, katanya, cadangan melantik pemimpin belia itu adalah sebagai mengenang jasa dan mengiktiraf sumbangan mereka dalam pembangunan negara.

Dalam pada itu, ketika berucap merasmikan konvensyen itu, Saifuddin menggesa golongan belia mengubah minda mereka dan melibatkan diri secara langsung dengan pelbagai kegiatan yang dianjurkan kerajaan.

Beliau berkata, penglibatan aktif belia dalam pelbagai kegiatan sosial akan membolehkan mereka belajar untuk menjadi pemimpin yang berwibawa dalam memacu pembangunan negara pada masa hadapan.

Tuesday, July 21, 2009

Pisca | Photo

Pisca | Photo

Shared via AddThis














Peserta berkeyakinan dan bersemangat tinggi menjayakan aktiviti yang telah disediakan oleh Kem Komander
Ahli Jawatankuasa 4B Kawasan Pasir Gudang membantu MBDJB dalam Konvesyen Belia Negeri Johor
Bersama Ybhg Datuk Bahari semasa malam Persmian Karnival Merdeka yang dianjurkan sempena menyambut Bulan Kemerdekaan